Searching...
Monday, March 2, 2015
9:22 PM 0

FORMAT BARU PUNCA PENURUNAN PELAJAR CEMERLANG SPM 2014

Datuk Seri Khair Mohamad Yusof
Datuk Seri Khair Mohamad Yusof
Ketidakupayaan calon menguasai format baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) punca pengurangan bilangan pelajar cemerlang dan mata pelajaran teras kali ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, kemerosotan pelajar cemerlang sebanyak 2,681 (0.53 peratus) pada SPM kali ini.
"Penurunan dalam prestasi enam mata pelajaran teras SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Moral.
"Ia disebabkan ketidakupayaan calon menguasai format baru peperiksaan yang telah diperkenalkan pihak kementerian pada tahun lepas.
"Kita memperkenalkan format baharu peperiksaan kali ini tetapi soalan tetap sama, cuma berdasarkan proses pentaksiran kami, kemampuan seseorang pelajar menguasai ilmu dan menjawab soalan dengan pemikiran sendiri diperlukan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Khair, selain itu jika ikutkan format lama, soalan yang diberi sepatut sudah dijangka.
"Tetapi mungkin masih ada pelajar menggunakan teknik mengulangkaji secara automatis yang memungkinkan mereka sukar menyesuaikan diri untuk berdepan format baharu.
"Bagaimanapun, ia diihat sebagai keputusan turun naik seperti tahun tahun sebelum juga dimana tahun lepas pencapaian calon seluruh negara yang masih menyaksikan julat pencapaian cemerlang sebelum ini," katanya.
Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian semua calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN) yang mana nilai GPN ebih kecil menunjukkan prestasi pencapaian calon yang lebih baik.
Rentetan itu, katanya, GPN 5.08 mata yang dicapai bag SPM 2014 ialah sama yang seperti yang dicapai SPM tahun 2012.
Katanya lagi, Pendidikan Moral satu-satunya subjek yang mengalami penurunan tertinggi sebanyak 0.38 mata iaitu kepada 4.70 berbanding 4.32 pada tahun 2013.
Malah kali ini jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengecil sebanyak 0.05 mata GPN iaitu 0.55 kali ini berbanding 0.60 tahun sebelumnya.
"Manakala pencapaian calon berkeperluan khas iaitu daripada 964 calon yang menduduki SPM 2014, lima orang yang memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
"Buat kali ini, sebanyak 34 MPAV (Mata Pelajaran Aliran Vokasional) tidak lagi ditawarkan kepada calon yang mana ia hanya ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Vokasional sahaja," ujarnya.--MalaysiaGazette