Searching...
Wednesday, August 27, 2014
10:23 PM 0

SUASANA KEHIJAUAN ALAM YANG MENYEGARKAN MENJADI TARIKAN MURID KAKI PONTENG SEKOLAH

KUALA LUMPUR: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam, di sini, yang dibuka, baru-baru ini, kini menjadi lokasi kaki ponteng pelajar dari sekolah berhampiran untuk melepak.
Lokasinya yang terpencil dan jauh dari kesibukan jalan utama menjadikan kawasan berkenaan sunyi dan ini menyebabkan segelintir pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil kesempatan ke situ.

Tinjauan Metroplus pada jam 11 pagi di taman rimba itu baru-baru ini, mendapati terdapat sekumpulan remaja mandi-manda dan berbual-bual sambil merokok di pondok di situ.
Ketika ditanya mereka mendakwa berusia 11 hingga 17 tahun dan semuanya berasal dari perumahan berhampiran taman rekreasi berkenaan.

Menurut mereka, ibu bapa masing-masing tidak mengetahui apa yang dilakukan kerana bekerja dan pemerhatian juga mendapati pada jam 1 tengah hari kumpulan remaja itu bergerak pulang sama seperti waktu tamat persekolahan biasa.

Peniaga, Muhd Saiful Adnan, 20, berkata, walaupun baru pertama kali ke taman rimba itu, namun dia agak kesal apabila mendapati kawasan itu menjadi lokasi kaki ponteng pelajar sekolah.
Katanya, lokasi yang jauh daripada kawasan perumahan selain tiada kawalan ketat di taman itu menyebabkan mereka bebas keluar dan masuk ke pusat rekreasi itu.

“Sekiranya tiada pengawasan di kawasan itu, kami bimbang pelbagai jenayah lain dilakukan remaja kerana tiada siapa sedar perbuatan mereka kerana ia jauh daripada pandangan masyarakat.
“Malah, saya dapati sudah banyak kerosakan dilakukan di tandas selain terdapat kecurian seperti kipas,” katanya.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu bertindak lebih tegas menangani perkara ini bagi memastikan taman rimba itu terjaga dan memberi keselesaan kepada pengunjung.

Bagi Syed Ahmad Syuhaidi, 24, dia berkata, selain kawasan itu menjadi ‘port’ lepak pelajar yang ponteng, taman itu perlu diselenggara lebih baik bagi menarik orang ramai untuk berkunjung.

“Macam mana orang ramai hendak tahu kewujudan taman rimba ini kerana tanda lokasi tidak kelihatan, malah sepanjang laluan dari jalan utama pula dipenuhi sampah-sarap selain tiada bekalan air dan elektrik.

“Ramai kawan-kawan saya tidak tahu mengenai taman ini dan mereka terkejut sebaik mengetahui lokasinya terletak di Pantai Dalam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, kerjasama semua pihak perlu bagi mengekang aktiviti ponteng di kalangan pelajar dan mereka berhak melaporkan kegiatan itu kepada pihak sekolah.

Katanya, kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat melaporkan jika terdapat kejadian itu bagi rekod sekolah ia sekali gus mengekang perbuatan terbabit.

“Bagaimanapun, pihak sekolah juga boleh mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan perkara ini berlaku antaranya dengan memanggil nama pelajar yang ponteng atau menaikkan nama pada laman web sekolah.

“Dengan ini, pelajar yang melakukan kesalahan itu sedar dan malu untuk mengulangi aktiviti tidak berfaedah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dasar ‘sifar ponteng’ juga perlu dilaksanakan kerajaan bagi menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu seterusnya membudayakan pendidikan di kalangan pelajar.

Sementara itu, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa berkata, sekiranya kegiatan ponteng itu berlaku di kawasan selenggaraan mereka, pemerhatian akan dilakukan pihaknya, namun tiada tindakan diambil berikutan perbuatan itu bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Katanya, sekiranya mereka tidak mengganggu atau melakukan perbuatan vandalisme, pegawai yang ditugaskan di satu-satu kawasan riadah tidak boleh melakukan tindakan kecuali menasihat mereka supaya berkelakuan baik. - mymetro

Monday, August 18, 2014
3:30 PM 0

Video budak Melayu pandai berbahasa Tamil.

Video budak Melayu pandai berbahasa Tamil.

Apa yg adik ni baca adalah thirukural... Thirukural terdiri dr 1330 buah sajak atau kural...sajak2 tersebut boleh dibhgkan kpd 3 bhg iaitu kesusilan, kekayaan dan kesukaan...

Bukan mudah utk menghafal dan menyebut sajak atau kural ini sbb mmg susah utk disebut!! W/pun Bahasa Tamil susah dr segi penyebutan ttp ini menjadi kelebihan kpd kita kerana ia melatih gulung lidah kita.

Jika lidah kita dpt digulung dgn senang maka perbualan kita akan menjadi jelas dan terang...utk makluman kalau dpt menguasai bahasa Tamil, lain-lain bahasa menjadi mudah bagi kita dari segi penyebutan...

Kepada sesiapa yg mempersendakan bhs Tamil jgn lupa bhw dlm bahasa Melayu itu ada bahasa Tamil dan anda menggunakan perkataan2 Tamil tersebut dlm kehidupan seharian anda...

oleh itu saya tak minta anda utk mengagungkan bahasa Tamil, saya cuma meminta kalian utk menghormati bahasa tersebut.


Thursday, August 14, 2014
11:04 PM 0

TAHNIAH GURU BESAR SERBA BOLEH BUKAN DUDUK DI PEJABAT SAHAJA


Sekali pandang kita lihat gambar pekerja binaan ini begitu asyik melakukan kerjanya di tengah panas.

Yang sebenarnya gambar yang anda lihat adalah  gambar seorang guru besar di salah sebuah sekolah rendah di negeri Perlis.

Guru Besar muda ini sanggup membantu tukang kebunnya untuk menyiapkan projek kolam ikan.

Satu lagi fenomena yang jarang di temui di sekolah pada zaman melinium ini kerana perkara ini memang amalan biasa di sekolah luar bandar pada zaman 60-an-80-an.

Apa-apa pun tahniah pd guru besar tersebut yang pastinya membuatkan anda kagum.


Tetapi ada juga yang mempertikaikannya seperti komen begini.

  • Rasanya x kena caranya....itu bukan bidang tugasnya.....mungkin itu minat nya....maybe cukup dgn memantau dan tlg sikit2......

Dan ramai juga yang memberi komen yang sangat positif seperti berikut.

  • Xda masalah la.. pd saya tak timbul kena cara ke tidak.. 'tidak hilang bisa ular menyusur akar'.. sikap GB mcm ni akan buat org lebih hormati dia.
  • Brapa ramai yg sanggup buat camni.... seme ramai jaga stended, gi marah pekerja lagi ada
  • sekolah kita...kitalah yg mencorakkan bersama2...kalu tau bg arahan je,nnt kalu de slah silap jgn tau kondem jer
  • Inilah salah satu antara ribuan contoh "guru serba boleh"..TAHNIAH CIKGU!! 
  •  
  • suka dengan pemimpin yang sama-sama turun padang.
  •  
  • GB yg ringan tulang mcm ni sangat sukar dijumpai di sekolah yg fokusnya pada target sasaran terbaik kurikulum.
  •  

Monday, August 11, 2014
8:17 PM 0

KPM Serius Laksanakan Penempatan Guru Baharu


PUTRAJAYA: Penempatan guru baharu dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan.

"Kementerian sememangnya serius dalam hal ini," katanya, sambil menambah kementerian telah menempatkan sebahagian guru pada Jun lalu dan sebahagian lagi pada September ini dan Januari tahun hadapan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Gerakan Calon Simpanan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kementerian Pendidikan di sini hari ini sebelum menyerahkan memorandum berhubung masalah siswazah yang masih tidak ditempatkan sebagai guru setelah menunggu untuk tempoh yang lama.

Terdahulu Kamalanathan menghadiri mesyuarat projek pembinaan tujuh buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) membabitkan kos RM130 juta.

Kementerian Pendidikan pada 8 Julai lepas dalam satu kenyataan berkata sebahagian daripada 1,595 calon simpanan yang telah ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pada Mac tahun ini akan ditempatkan sebagai guru September ini.

Penempatan mereka dijalankan untuk mengisi kekosongan guru yang bersara dan memenuhi keperluan semasa di sekolah menengah berdasarkan opsyen graduan berkenaan, kata kenyataan itu. -mStar
Sunday, August 10, 2014
10:59 PM 0

Budak Lelaki Selfie Guna Monopod Depan Sekolah Sampai Kena Langgar Motor.

Seorang budak lelaki yang sedang asyik merakamkan video selfie menggunakan monopod telah dilanggar oleh sebuah motosikal ketika leka membuat rakaman tersebut.
Video rakaman itu lah kini menjadi popular di laman sosial Facebook dan remaja itu juga dikutuk kerana terlalu obses sangat dengan berselfie sehingga tidak menyedari bahaya yang mendatang.
Pada awal video itu, remaja berkenaan merakamkan video di hadapan sebuah sekolah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Kluang, Johor bersama beberapa orang rakannya yang menunggang motosikal.
Ketika dia mahu memperkenalkan si Atan, pada ketika itulah dia dilanggar si Atan.
Tidak diketahu nasib adik yang merakamkan video berkenaan adakah mengalami cedera yang teruk atau sebaliknya.
Kepada anda yang terlalu suka sangat berselfie, semasa merakamkan video itu pandanglah di sekitar kawasan anda berada kerana bahaya boleh datang dari mana-mana sahaja dan yang paling penting, malang tu tak berbau adik. – MYNEWSHUB.MY


10:31 PM 0

MURID TINGKATAN 2 DIROGOL BERAMAI-RAMAI SETELAH DATING DENGAN BOYFRIEND WECHAT

Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk ‘teman lelakinya’ dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.

“Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.

“Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.

“Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.

Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

“Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.

“Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol. - Sinar Harian
Saturday, August 9, 2014
11:44 PM 0

KERAJAAN DIMINTA KAJI SEMULA SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH


BERA - Umno Bahagian Bera hari ini mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula sistem pendidikan di peringkat sekolah rendah bagi mengeratkan perpaduan kaum.
        
Ketua Umno Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sistem pendidikan di sekolah rendah telah menyebabkan anak-anak diasuh dan membesar dalam keadaan terpisah antara kaum yang ada di negara ini.
        
Katanya, anak-anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dipisahkan dengan amalan budaya dan gaya hidup sejak dari kecil dan ia berlarutan sehingga mereka dewasa.
        
"Kita mencadangkan supaya kerajaan membuat kajian menyeluruh dan melihat kembali adakah dasar memisahkan kaum di peringkat sekolah rendah lagi ini baik untuk perpaduan kaum?
        
"Sekiranya ia tidak baik, langkah drastik perlu diambil kerajaan untuk mengatasi masalah ini, kajilah dengan teliti di bawah Kementerian Pendidikan," katanya ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bera yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, hari ini.
        
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kewujudan sekolah jenis kebangsaan juga telah menyebabkan hilangnya rasa hormat-menghormati sesama kaum kerana pelajar telah dibesarkan dalam situasi berasingan.
        
"Dahulu kerajaan wujudkan sekolah pelbagai aliran bertujuan untuk mengekalkan bahasa ibunda tetapi kini kita boleh belajar bahasa-bahasa lain di sekolah kebangsaan," katanya.
        
Beliau berkata, sikap hormat menghormati sesama kaum yang semakin terhakis pada masa kini juga mengakibatkan isu penghinaan kaum dilihat semakin menjadi-jadi, khususnya menerusi media sosial. - Bernama
Thursday, July 10, 2014
11:38 PM 0

PT3 dapat respons Positif Menyeronokkan Pelajar Mencari Bahan Menggunakan Internet - Mary Yap

Kuala Lumpur: Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mula mendapat respons positif orang ramai sejak dilaksanakan pada 1 Julai lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, ibu bapa, guru dan pelajar yang mengambil PT3 menyifatkan ujian berkenaan sebagai inisiatif yang akan meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara ini. 
“Walaupun pada peringkat awal ia membebankan guru dan pelajar, namun selepas dilaksanakan, mereka mendapati ujian berkenaan begitu menyeronokkan dan memberi banyak faedah di mana pelajar lebih cenderung menggunakan Internet untuk mencari bahan berbanding hanya menggunakan buku teks sebagai rujukan seperti sebelum ini,” katanya. -BERNAMA
Tuesday, July 8, 2014
4:11 AM 0

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) 2013


Bagi rakan guru yang berminat untuk mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) 2013 ataupun dalam bahasa mudahnya, Kursus Kepengetuaan, anda bolehlah berbuat demikian sekarang.



NAMA PROGRAM : 
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) 2013 


Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki.

Program NPQEL  mod baru dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Kandungan mod baru NPQEL mengambil kira semua aspek keterampilan kepimpinan sekolah dan meliputi kesemua bidang relevan yang terkandung dalam mod sedia ada.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

1. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.
2. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan adalah Gred A (85 ke atas) untuk 3 tahun berturut-turut
3.Tiada tindakan tatatertib
4. Sihat fizikal dan mental


PERINGKAT PERMOHONAN:
Peringkat 1. Isi online di http://www.iab.edu.my/npqel
Peringkat 2. Cetak dan hantar melalui pengetua/ketua jabatan

Hanya yang berjaya sahaja akan dipanggil temuduga.



STRUKTUR PROGRAM NPQEL:

FASA 1
FASA 2
PENILAIAN AKHIR
Bersemuka








3 minggu
di IAB

e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
 +
Penandaarasan
(2 minggu di sekolah terpilih)

+
e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
Bersemuka
+
Peperiksaan Fasa 1 







2 minggu
di IAB

e-learning
+
Sandaran







8 minggu
di sekolah sendiri


Bersemuka
•    Peperiksaan Akhir
•    Serahan Portfolio,
•    Ujian Kecergasan
•    Temuduga Panel  Penilai



 (1 minggu
di IAB)




1:21 AM 0

PT3 2014: TUGASAN SEJARAH

Tugasan Murid Bahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah (21) dan Geografi (23) boleh dimuat turun melalui pautan di bawah mulai 23 Jun 2014 - 19 Julai 2014.

 21 - Sejarah (Arahan Guru) 
 21 - Sejarah (Arahan Murid)

Baca Petikan berikut dengan teliti.


Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kitau iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama 

 Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my



Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. 

Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

 Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

  1. Tajuk rencana 
  2. Nama penulis 
  3. Isi kandungan : 
(a) Pengenalan - menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
(f) Membuat rumusan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan


 Bagi sebarang rujukan format dan bentuk rencana, boleh rujuk dengan download 21 - Sejarah (Arahan Murid)

Bagi yang inginkan tips dan panduan menyiapkan tugasan Sejarah PT3, boleh klik link di sini Tips Menyiapkan Tugasan Sejarah PT3 2014 HOT! Semoga berjaya!
12:51 AM 0

PT3 2014: Tugasan Geografi

Bahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah (21) dan Geografi (23) boleh dimuat turun melalui pautan di bawah mulai 23 Jun 2014 - 19 Julai 2014.


TUGASAN CALON 
Tugasan Murid Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon.





Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut : 

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji
2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut
2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian. 2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.

 Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.

 Bagi sebarang rujukan format dan bentuk rencana, boleh rujuk dengan download 23 - Geografi (Arahan Murid) 

Bagi yang inginkan tips dan panduan menyiapkan tugasan Geografi PT3, boleh klik link di sini

Tips dan Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2014 HOT! Semoga berjaya!