Bagi rakan guru yang berminat untuk mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) 2013 ataupun dalam bahasa mudahnya, Kursus Kepengetuaan, anda bolehlah berbuat demikian sekarang.
NAMA PROGRAM :
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) 2013
Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational
Leaders (NPQEL) adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan
pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh
Institut Aminuddin Baki.
Program NPQEL mod baru dilaksanakan dalam tempoh 5
bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning.
Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti
belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.
Kandungan mod baru NPQEL mengambil kira semua aspek
keterampilan kepimpinan sekolah dan meliputi kesemua bidang relevan yang
terkandung dalam mod sedia ada.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.
2. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan adalah Gred A (85 ke atas) untuk 3 tahun berturut-turut
3.Tiada tindakan tatatertib
4. Sihat fizikal dan mental
PERINGKAT PERMOHONAN:
Peringkat 1. Isi online di http://www.iab.edu.my/npqel
Peringkat 2. Cetak dan hantar melalui pengetua/ketua jabatan
Hanya yang berjaya sahaja akan dipanggil temuduga.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.
2. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan adalah Gred A (85 ke atas) untuk 3 tahun berturut-turut
3.Tiada tindakan tatatertib
4. Sihat fizikal dan mental
PERINGKAT PERMOHONAN:
Peringkat 1. Isi online di http://www.iab.edu.my/npqel
Peringkat 2. Cetak dan hantar melalui pengetua/ketua jabatan
Hanya yang berjaya sahaja akan dipanggil temuduga.
STRUKTUR
PROGRAM NPQEL:
FASA 1
|
FASA 2
|
PENILAIAN AKHIR
|
||
Bersemuka
3 minggu
di IAB
|
e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
+
Penandaarasan
(2 minggu di sekolah terpilih)
+
e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
|
Bersemuka
+
Peperiksaan Fasa 1
2 minggu
di IAB
|
e-learning
+
Sandaran
8 minggu
di sekolah sendiri
|
Bersemuka
• Peperiksaan
Akhir
• Serahan
Portfolio,
• Ujian
Kecergasan
• Temuduga
Panel Penilai
(1 minggu
di IAB)
|

0 comments:
Post a Comment