Searching...
Monday, March 2, 2015
9:22 PM 0

FORMAT BARU PUNCA PENURUNAN PELAJAR CEMERLANG SPM 2014

Datuk Seri Khair Mohamad Yusof
Datuk Seri Khair Mohamad Yusof
Ketidakupayaan calon menguasai format baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) punca pengurangan bilangan pelajar cemerlang dan mata pelajaran teras kali ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, kemerosotan pelajar cemerlang sebanyak 2,681 (0.53 peratus) pada SPM kali ini.
"Penurunan dalam prestasi enam mata pelajaran teras SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Moral.
"Ia disebabkan ketidakupayaan calon menguasai format baru peperiksaan yang telah diperkenalkan pihak kementerian pada tahun lepas.
"Kita memperkenalkan format baharu peperiksaan kali ini tetapi soalan tetap sama, cuma berdasarkan proses pentaksiran kami, kemampuan seseorang pelajar menguasai ilmu dan menjawab soalan dengan pemikiran sendiri diperlukan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Khair, selain itu jika ikutkan format lama, soalan yang diberi sepatut sudah dijangka.
"Tetapi mungkin masih ada pelajar menggunakan teknik mengulangkaji secara automatis yang memungkinkan mereka sukar menyesuaikan diri untuk berdepan format baharu.
"Bagaimanapun, ia diihat sebagai keputusan turun naik seperti tahun tahun sebelum juga dimana tahun lepas pencapaian calon seluruh negara yang masih menyaksikan julat pencapaian cemerlang sebelum ini," katanya.
Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian semua calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN) yang mana nilai GPN ebih kecil menunjukkan prestasi pencapaian calon yang lebih baik.
Rentetan itu, katanya, GPN 5.08 mata yang dicapai bag SPM 2014 ialah sama yang seperti yang dicapai SPM tahun 2012.
Katanya lagi, Pendidikan Moral satu-satunya subjek yang mengalami penurunan tertinggi sebanyak 0.38 mata iaitu kepada 4.70 berbanding 4.32 pada tahun 2013.
Malah kali ini jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengecil sebanyak 0.05 mata GPN iaitu 0.55 kali ini berbanding 0.60 tahun sebelumnya.
"Manakala pencapaian calon berkeperluan khas iaitu daripada 964 calon yang menduduki SPM 2014, lima orang yang memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
"Buat kali ini, sebanyak 34 MPAV (Mata Pelajaran Aliran Vokasional) tidak lagi ditawarkan kepada calon yang mana ia hanya ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Vokasional sahaja," ujarnya.--MalaysiaGazette
Wednesday, August 27, 2014
10:23 PM 0

SUASANA KEHIJAUAN ALAM YANG MENYEGARKAN MENJADI TARIKAN MURID KAKI PONTENG SEKOLAH

KUALA LUMPUR: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam, di sini, yang dibuka, baru-baru ini, kini menjadi lokasi kaki ponteng pelajar dari sekolah berhampiran untuk melepak.
Lokasinya yang terpencil dan jauh dari kesibukan jalan utama menjadikan kawasan berkenaan sunyi dan ini menyebabkan segelintir pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil kesempatan ke situ.

Tinjauan Metroplus pada jam 11 pagi di taman rimba itu baru-baru ini, mendapati terdapat sekumpulan remaja mandi-manda dan berbual-bual sambil merokok di pondok di situ.
Ketika ditanya mereka mendakwa berusia 11 hingga 17 tahun dan semuanya berasal dari perumahan berhampiran taman rekreasi berkenaan.

Menurut mereka, ibu bapa masing-masing tidak mengetahui apa yang dilakukan kerana bekerja dan pemerhatian juga mendapati pada jam 1 tengah hari kumpulan remaja itu bergerak pulang sama seperti waktu tamat persekolahan biasa.

Peniaga, Muhd Saiful Adnan, 20, berkata, walaupun baru pertama kali ke taman rimba itu, namun dia agak kesal apabila mendapati kawasan itu menjadi lokasi kaki ponteng pelajar sekolah.
Katanya, lokasi yang jauh daripada kawasan perumahan selain tiada kawalan ketat di taman itu menyebabkan mereka bebas keluar dan masuk ke pusat rekreasi itu.

“Sekiranya tiada pengawasan di kawasan itu, kami bimbang pelbagai jenayah lain dilakukan remaja kerana tiada siapa sedar perbuatan mereka kerana ia jauh daripada pandangan masyarakat.
“Malah, saya dapati sudah banyak kerosakan dilakukan di tandas selain terdapat kecurian seperti kipas,” katanya.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu bertindak lebih tegas menangani perkara ini bagi memastikan taman rimba itu terjaga dan memberi keselesaan kepada pengunjung.

Bagi Syed Ahmad Syuhaidi, 24, dia berkata, selain kawasan itu menjadi ‘port’ lepak pelajar yang ponteng, taman itu perlu diselenggara lebih baik bagi menarik orang ramai untuk berkunjung.

“Macam mana orang ramai hendak tahu kewujudan taman rimba ini kerana tanda lokasi tidak kelihatan, malah sepanjang laluan dari jalan utama pula dipenuhi sampah-sarap selain tiada bekalan air dan elektrik.

“Ramai kawan-kawan saya tidak tahu mengenai taman ini dan mereka terkejut sebaik mengetahui lokasinya terletak di Pantai Dalam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, kerjasama semua pihak perlu bagi mengekang aktiviti ponteng di kalangan pelajar dan mereka berhak melaporkan kegiatan itu kepada pihak sekolah.

Katanya, kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat melaporkan jika terdapat kejadian itu bagi rekod sekolah ia sekali gus mengekang perbuatan terbabit.

“Bagaimanapun, pihak sekolah juga boleh mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan perkara ini berlaku antaranya dengan memanggil nama pelajar yang ponteng atau menaikkan nama pada laman web sekolah.

“Dengan ini, pelajar yang melakukan kesalahan itu sedar dan malu untuk mengulangi aktiviti tidak berfaedah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dasar ‘sifar ponteng’ juga perlu dilaksanakan kerajaan bagi menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu seterusnya membudayakan pendidikan di kalangan pelajar.

Sementara itu, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa berkata, sekiranya kegiatan ponteng itu berlaku di kawasan selenggaraan mereka, pemerhatian akan dilakukan pihaknya, namun tiada tindakan diambil berikutan perbuatan itu bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Katanya, sekiranya mereka tidak mengganggu atau melakukan perbuatan vandalisme, pegawai yang ditugaskan di satu-satu kawasan riadah tidak boleh melakukan tindakan kecuali menasihat mereka supaya berkelakuan baik. - mymetro

Monday, August 18, 2014
3:30 PM 0

Video budak Melayu pandai berbahasa Tamil.

Video budak Melayu pandai berbahasa Tamil.

Apa yg adik ni baca adalah thirukural... Thirukural terdiri dr 1330 buah sajak atau kural...sajak2 tersebut boleh dibhgkan kpd 3 bhg iaitu kesusilan, kekayaan dan kesukaan...

Bukan mudah utk menghafal dan menyebut sajak atau kural ini sbb mmg susah utk disebut!! W/pun Bahasa Tamil susah dr segi penyebutan ttp ini menjadi kelebihan kpd kita kerana ia melatih gulung lidah kita.

Jika lidah kita dpt digulung dgn senang maka perbualan kita akan menjadi jelas dan terang...utk makluman kalau dpt menguasai bahasa Tamil, lain-lain bahasa menjadi mudah bagi kita dari segi penyebutan...

Kepada sesiapa yg mempersendakan bhs Tamil jgn lupa bhw dlm bahasa Melayu itu ada bahasa Tamil dan anda menggunakan perkataan2 Tamil tersebut dlm kehidupan seharian anda...

oleh itu saya tak minta anda utk mengagungkan bahasa Tamil, saya cuma meminta kalian utk menghormati bahasa tersebut.


Thursday, August 14, 2014
11:04 PM 0

TAHNIAH GURU BESAR SERBA BOLEH BUKAN DUDUK DI PEJABAT SAHAJA


Sekali pandang kita lihat gambar pekerja binaan ini begitu asyik melakukan kerjanya di tengah panas.

Yang sebenarnya gambar yang anda lihat adalah  gambar seorang guru besar di salah sebuah sekolah rendah di negeri Perlis.

Guru Besar muda ini sanggup membantu tukang kebunnya untuk menyiapkan projek kolam ikan.

Satu lagi fenomena yang jarang di temui di sekolah pada zaman melinium ini kerana perkara ini memang amalan biasa di sekolah luar bandar pada zaman 60-an-80-an.

Apa-apa pun tahniah pd guru besar tersebut yang pastinya membuatkan anda kagum.


Tetapi ada juga yang mempertikaikannya seperti komen begini.

  • Rasanya x kena caranya....itu bukan bidang tugasnya.....mungkin itu minat nya....maybe cukup dgn memantau dan tlg sikit2......

Dan ramai juga yang memberi komen yang sangat positif seperti berikut.

  • Xda masalah la.. pd saya tak timbul kena cara ke tidak.. 'tidak hilang bisa ular menyusur akar'.. sikap GB mcm ni akan buat org lebih hormati dia.
  • Brapa ramai yg sanggup buat camni.... seme ramai jaga stended, gi marah pekerja lagi ada
  • sekolah kita...kitalah yg mencorakkan bersama2...kalu tau bg arahan je,nnt kalu de slah silap jgn tau kondem jer
  • Inilah salah satu antara ribuan contoh "guru serba boleh"..TAHNIAH CIKGU!! 
  •  
  • suka dengan pemimpin yang sama-sama turun padang.
  •  
  • GB yg ringan tulang mcm ni sangat sukar dijumpai di sekolah yg fokusnya pada target sasaran terbaik kurikulum.
  •  

Monday, August 11, 2014
8:17 PM 0

KPM Serius Laksanakan Penempatan Guru Baharu


PUTRAJAYA: Penempatan guru baharu dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan.

"Kementerian sememangnya serius dalam hal ini," katanya, sambil menambah kementerian telah menempatkan sebahagian guru pada Jun lalu dan sebahagian lagi pada September ini dan Januari tahun hadapan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Gerakan Calon Simpanan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kementerian Pendidikan di sini hari ini sebelum menyerahkan memorandum berhubung masalah siswazah yang masih tidak ditempatkan sebagai guru setelah menunggu untuk tempoh yang lama.

Terdahulu Kamalanathan menghadiri mesyuarat projek pembinaan tujuh buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) membabitkan kos RM130 juta.

Kementerian Pendidikan pada 8 Julai lepas dalam satu kenyataan berkata sebahagian daripada 1,595 calon simpanan yang telah ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pada Mac tahun ini akan ditempatkan sebagai guru September ini.

Penempatan mereka dijalankan untuk mengisi kekosongan guru yang bersara dan memenuhi keperluan semasa di sekolah menengah berdasarkan opsyen graduan berkenaan, kata kenyataan itu. -mStar
Sunday, August 10, 2014
10:59 PM 0

Budak Lelaki Selfie Guna Monopod Depan Sekolah Sampai Kena Langgar Motor.

Seorang budak lelaki yang sedang asyik merakamkan video selfie menggunakan monopod telah dilanggar oleh sebuah motosikal ketika leka membuat rakaman tersebut.
Video rakaman itu lah kini menjadi popular di laman sosial Facebook dan remaja itu juga dikutuk kerana terlalu obses sangat dengan berselfie sehingga tidak menyedari bahaya yang mendatang.
Pada awal video itu, remaja berkenaan merakamkan video di hadapan sebuah sekolah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Kluang, Johor bersama beberapa orang rakannya yang menunggang motosikal.
Ketika dia mahu memperkenalkan si Atan, pada ketika itulah dia dilanggar si Atan.
Tidak diketahu nasib adik yang merakamkan video berkenaan adakah mengalami cedera yang teruk atau sebaliknya.
Kepada anda yang terlalu suka sangat berselfie, semasa merakamkan video itu pandanglah di sekitar kawasan anda berada kerana bahaya boleh datang dari mana-mana sahaja dan yang paling penting, malang tu tak berbau adik. – MYNEWSHUB.MY


10:31 PM 0

MURID TINGKATAN 2 DIROGOL BERAMAI-RAMAI SETELAH DATING DENGAN BOYFRIEND WECHAT

Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk ‘teman lelakinya’ dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.

“Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.

“Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.

“Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.

Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

“Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.

“Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol. - Sinar Harian