Seorang budak lelaki yang sedang asyik merakamkan video selfie menggunakan monopod telah dilanggar oleh sebuah motosikal ketika leka membuat rakaman tersebut.
Video rakaman itu lah kini menjadi popular di laman sosial Facebook dan remaja itu juga dikutuk kerana terlalu obses sangat dengan berselfie sehingga tidak menyedari bahaya yang mendatang.
Pada awal video itu, remaja berkenaan merakamkan video di hadapan sebuah sekolah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Kluang, Johor bersama beberapa orang rakannya yang menunggang motosikal.
Ketika dia mahu memperkenalkan si Atan, pada ketika itulah dia dilanggar si Atan.
Tidak diketahu nasib adik yang merakamkan video berkenaan adakah mengalami cedera yang teruk atau sebaliknya.
Kepada anda yang terlalu suka sangat berselfie, semasa merakamkan video itu pandanglah di sekitar kawasan anda berada kerana bahaya boleh datang dari mana-mana sahaja dan yang paling penting, malang tu tak berbau adik. – MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment